Testimoni Roslan
Kali ini saya pulak ingin menceritakan tentang pengalaman saya menyelesaikan masalah kewangan yang selama ini merunsingkan kami. Kami berjaya menyelesaikan masalah hutang kami dan mempunyai simpanan yang tak pernah kami jangka. Kami mempunyai beberapa kredit kad yang berjumlah RM 43,000.00. Semua habis digunakan. Bukan setakat itu saja hutang kami, kami ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, 3 personal loan. Belum masuk lagi duit talipon, duit makan, petrol, mak dan umi....hisssh poning jugak kepalo den ni haa.
Kehidupan kami sebelum ni, tak susah sangat. Kami masih lagi boleh gi tengok wayang, gi camping cuma simpanan je kadang kadang ada kadang kadang takde. Isteri saya ada tabiat suka menyimpan duit syiling. Pantang jumpa syiling pasti dia akan simpan dalam tabung. Kadang tu dia sengaja tukar duit kertas pada syiling supaya dia boleh menyimpan. Padanya dengan cara begitu saja kami boleh menyimpan. Dan setiap bulan kami akan tukar duit syiling tu dan duit tu kami simpan dalam ASB. Dapatlah jugak menyimpan dalam RM 100.00 hingga RM 200.00. Itu saja yang kami boleh simpan. Kadang tu tak dapat menyimpan bila datang bab 'tersesak' ni. Sekarang ni dengan penstrukturan semula kewangan, kami boleh menyimpan 4 angka setiap bulan.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana cara kami MENGURUSKAN kewangan (bukan MERANCANG kewangan ye..) hubungi Puan Faridah di talian 019-2816570.Kami menyediakan 'Private Tutorial' kepada yang berminat untuk mempelajari Ilmu ini.
About Me
- Puan Eda
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Iman's Littel Shoppe menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Antaranya produk dari HPA, Aura Seri, Aura Genius, BSY Noni, Era Edar dan pelbagai produk lagi
Blog Archive
-
▼
2009
(27)
-
▼
August
(11)
- Zakat tidak sama dengan cukai
- Cara urus wang perlu dijadikan subjek di sekolah
- Mendidik anak menguruskan wang
- Selamat Menyambut Ramadhan
- Bersedekah pada yang memerlukan
- Kerajaan NS setuju kaji Akta Kebangkrapan
- Kakitangan awam dibebani hutang
- Kemahiran urus kewangan penting
- Beban kad kredit perangkap krisis akidah
- MASALAH HUTANG BOLEH DIATASI DENGAN PERANCANGAN KE...
- Ramai orang bertanggapan bahawa perancangan kewang...
-
▼
August
(11)
Saturday 29 August 2009
Cara urus wang perlu dijadikan subjek di sekolah
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong tulisan Dr. Rusinah Siron berhubung gaya hidup melebihi kemampuan yang sememangnya menjadi salah satu teras perjuangan CAP untuk semua pengguna.
Sejak ditubuhkan lagi, CAP terus memperjuangkan gaya hidup sederhana, berjimat cermat dan menentang sama sekali gaya hidup yang mementingkan kemewahan, pembaziran dan pemborosan.
Menyedari kepentingan untuk mendidik pengguna mengenai selok-belok kewangan, maka pada tahun 1980-an lagi CAP telah menerbitkan sebuah buku berjudul Anda dan Wang Anda sebagai panduan umum untuk pengguna mengenai cara menguruskan wang secara lebih bijaksana, mengetahui hak mereka dan mengelak daripada ditipu.
Betapa ramainya daripada kita yang kurang bijak dalam menguruskan soal kewangan serta menjadi bingung apabila berhadapan dengan masalah kewangan kerana kurang arif mengenai cara mengurusnya maka CAP telah mengeluarkan buku Panduan CAP Mengenai Cara Mengurus Wang dan lain-Lain.
Salah satu perkara terbaik yang ibu bapa boleh mengajar kanak-kanak ialah tabiat mengurus wang dengan bijak.
Kanak-kanak yang mempelajari kemahiran menguruskan wang yang baik akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjadi orang dewasa yang boleh membuat keputusan kewangan dan tidak mengalami masalah kewangan.
Sebagai panduan khusus untuk ibu bapa dan remaja, CAP juga telah menerbitkan sebuah buku kecil mengenai Wang dan Kehidupan Ketika Usia Muda memandangkan kira-kira lapan peratus rakyat Malaysia yang bankrap berusia antara 20 dan 30 tahun.
Lebih kritikal lagi ialah masalah kewangan atau lebih tepat lagi salah urus perbelanjaan kini turut menjalar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di desa dan juga di bandar.
Ini berlaku kerana ibu bapa tidak menyemai dan mendidik anak-anak bagaimana menguruskan kewangan dengan lebih baik sejak dari usia muda lagi.
Yang pasti ialah anak muda sekarang semakin berdepan dengan masalah pengurusan kewangan yang berbeza serta lebih sukar daripada generasi masa lalu.
Ramai orang percaya kehidupan yang baik hanya dinikmati jika seseorang itu memiliki kad kredit, kondominium, kereta, keahlian kelab, dan wang, tanggapan seumpamanya bukan sahaja bersifat materialistik malah tidak betul.
Terperangkap dalam hutang dan tidak mampu untuk keluar daripadanya adalah antara trauma yang paling besar dalam kehidupan.
Ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan kehidupan yang resah serta keluarga yang porak-peranda.
Salah satu sebab orang sering terperangkap dalam hutang ialah kerana merasakan mereka perlu mengikut arus “tuntutan gaya hidup masa kini”, walaupun tidak mampu.
Dalam usaha mendidik pengguna berhubung perkara ini CAP juga telah mengeluarkan buku Hentikan Boros dan Hutang sebagai panduan.
Mengendalikan wang dengan bijak merupakan kemahiran hidup yang penting untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa cara mengendalikan wang ini perlu menjadi sebahagian daripada subjek kemahiran hidup yang diajar di sekolah dan memasukkannya ke dalam kurikulum sekolah.
– S. M. MOHAMED IDRIS,
Presiden PersatuanPengguna Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'Duit memang tidak boleh dibawa ke kubur,
Tapi kalau engkau tak berduit,
Engkau boleh mati tak berkubur..'
petikkan dari blog aku dan kehidupan
Tapi kalau engkau tak berduit,
Engkau boleh mati tak berkubur..'
petikkan dari blog aku dan kehidupan
1 comments:
saya sokong.pengurusan kewangan perlu di ajar di sekolah rendah.Ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak kepentingan wang bila mereka dewasa nanti.http://mroslaini.blogspot.com
Post a Comment