Monday 25 January 2010

Azam tahun baru

Assallamualaikum

Sudah hampir sebulan kita melangkah tahun 2010. Alangkah cepat masa berlalu.Terlampau banyak rancangan yang telah saya fikirkan untuk tahun ini tapi saya teragak agak untuk memulakan disebabkan kesibukan saya. Antara rancangan saya untuk tahun ni ialah menguruskan kembali bengkel pengurusan kewangan peribadi di seluruh malaysia. Dalam bengkel tersebut saya ingin bergabung dengan beberapa teman saya.

Untuk memulakan bengkel ini, banyak yang perlukan saya fikirkan. Dari segi tempat hinggalah kepada makanan. Kadang tu terfikir rasanya tak mampu nak buat sendirian. Jadi setelah berfikir dan berbincang dengan suami tercinta, saya bercadang membuka peluang kepada pembaca blog ini untuk mengurus bengkel di negeri anda masing masing.Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi saya Puan Faridah 019-281 6570.

Bengkel yang akan saya adakan setiap hari Sabtu dan Ahad dan kalau boleh anda telah melalui proses pengurusan kewangan peribadi ini supaya anda senang untuk memperkenalkan program tersebut.

Bagi mereka belum mengetahui apakah Program Pengurusan Kewangan Peribadi ini, saya akan terangkan serba sedikit.

Di pasaran sekarang, jika anda lihat terlampau banyak Perancangan Kewangan. Dan ini amat berbeza sekali Perancang dan Pengurusan Kewangan. Rata rata Perancang Kewangan mempunyai produk produk untuk dijual seperti Unit Trust atau Insuran. Tapi Pengurusan Kewangan ialah PROGRAM yang mengajar dan mendidik anda bagaimana nak uruskan wang anda dengan betul supaya anda semua boleh bebaskan diri anda dari hutang,berbelanja dengan betul dan yang paling penting sekali anda mempunyai simpanan sekurang kurang 30% dari gaji anda. And the best part anda boleh memyimpan SETIAP BULAN.

Anda harus belajar dan anda pasti berjaya mengurus kewangan anda sendiri. Alhamdullilah syukur pada Allah,pelanggan kami telah berjaya menyimpan. Ada diantara mereka pernah menghubungi kami dan mengucapkan terima kasih kerana keadaan mereka telah berubah.Syukur pada Allah kerana apa yang kami ingin sampaikan ilmu ini telah pun berjaya dan kami tumpang seronok dan bersyukur.Itulah kepuasan kami.