Thursday 10 June 2010

Mari bercuti

Assallamualaikum,

Dah lama tak update blog.Sibuk menguruskan rumahtangga.Betul kata orang tua,kerja rumah ni sampai bila bila pun takkan habis.Penatnya hanya Allah saja tahu. Baru baru saya dapat jemputan kahwin(melalui Faceboook) dari kawan satu opis yang akan berlangsung bulan depan di Kanpung Gajah.Saya terfikir ini masa saya nak bercuti di sana nanti, jadi saya hubungi Pasir Salak Resort, malang sekali minggu tu semua bilik sudah penuh.

Kebetulan sahabat saya mencadangkan 1 tempat ni tapi bila difikirkan tempat ni agak jauh dari Kampung Gajah, jadi saya batalkan niat tu.Tapi bila saya lihat gambar dlm blog tersebut, saya tahu saya akan ke sana satu hari nanti.Mungkin masa harijadi suami nanti..hmmmm mana tahu yek..

Sekiranya anda merancang untuk bercuti, boleh cuba di Dorani Bayu Resort D'Muara Marine Park. Dalam Malaysia banyak lagi tempat kita tak jelajah. Harganya pun agak berpatutan.






Masyallah, cantiknya ciptaan tuhan...






D'Muara Marine Park

Malaysia kini terkenal diseluruh Dunia sebagai destinasi yang menarik bagi pelbagai kegiatan riadah alam semula jadi dan eko-pelancongan. Kekayaan dan keindahan alam semula jadi negara ini menjadikan Malaysia syurga pengembaraan bagi pecinta alam, sama ada mereka meminati cabaran mendaki, berakit menyusuri sungai, serta pelbagai aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.

Lebih separuh daripada muka bumi malaysia seluas 329, 758 km persegi diliputi hutan hujan tropika yang ditumbuhi dengan pelbagai spesis tumbuhan dan binatang eksotik yang dilindungi.

Suasana damai yang memberi ketenangan minda yang boleh diperolehi di tempat-tempat percutian di seluruh pelusuk negeri-negeri di bandar atau desa di Malaysia ini.

Tidak terjangka dibenak fikiran kita terdapat tempat percutian di hujung pekan kecil di Sungai Besar daerah Sabak Bernam terdapat satu tempat peranginan yang boleh dilawati. Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park adalah sebuah pusat peranginan yang berkonsepkan alam semulajadi. D'Muara Marine Park merupakan milik Majlis Daerah sabak Bernam dan pengurusan dan operasinya diuruskan oleh Dorani Bayu Resort 'N' Services Sdn. Bhd. Terletak 5km dari Pekan Sungai Besar dan 90km dari Bandaraya Shah Alam dibangunkan di persisiran pantai Sungai Haji Dorani menghadap kebiruan Selat Melaka yang lengkap dengan prasarana serba moden dan eksklusif sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan hari keluarga sambil menikmati ketenangan Pantai Sungai Haji Dorani.

Keunikan lain yang terdapat di D'Muara Marine Park adalah, chalet penginapan yang terapung (Floating Chalet) iaitu jenis Chalet Sea View (pandangan laut) dan Chalet Village View (pandangan kampung). Dapat juga melihat keindahan alam semulajadi sang mentari terbit di ufuk Timur dan terbenam di ufuk Barat. Selain itu lumpur selut yang jarang-jarang diperolehi di pantai-pantai lain dapat dilihat semasa air surut.

Harga Bilik :

SEA VIEW RM 120.00/mlm (weekday) RM 150.00/mlm (weekend)

VILLAGE VIEW RM 110.00/mlm (weekday)
RM 130.00/mlm (weekend)

TRIPLE SHARING RM 150.00/mlm (weekday)
RM 180.00/mlm (weekend)

EXTRA BED RM 30.00/mlm

Tawaran Pakej Seminar/ Kursus/ Mesyuarat

Pakej 'A' - 2 hari 1 malam
-Penginapan 2 orang 1 chalet
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-6 kali makan- Buffet Style
-Kamudahan lain : LCD/Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-26 orang
-Harga Pakej : RM90.00 seorang

Pakej 'B' - 2 hari 1 malam
-Penginapan 3 orang 1 chalet
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-6 kali makan- Buffet Style
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 25-39 orang
-Harga Pakej : RM75.00 seorang

Pakej 'C' - 1 hari sahaja (8.00pg-5.00ptg)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi/ makan tengahari/ minum petang
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM35.00 seorang

Pakej 'D' - separuh hari (8.00pg-1.00ptg)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi/ makan tengahari
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM25.00 seorang

Pakej 'E' - separuh hari (8.00pg-12.00tghari)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi sahaja
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM20.00 seorang

Pakej-Pakej Lain Yang Ditawarkan :
(Menu & Harga boleh dibincang)
- Pakej Jamuan makan malam di BHC D' Muara untuk 100-150 orang
- Pakej hari Keluarga
- Barbeque




UNTUK KETERANGAN LANJUT:
Dorani Bayu Resort D'Muara Marine Park
No.Tel & fax : 03-3224 6800(Hunting Line)
e-mail : doranibayuresort@gmail.com

0 comments:

Post a Comment