Tuesday 13 April 2010

Kes Darling Ngasri disebut 16 April

12/03/2010

KUALA LUMPUR – Kes pelakon dan penerbit Nasreen Ngasri, yang lebih dikenali dengan panggilan Darling, yang didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini pada 16 April ini.

Hakim Asmadi Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nasuha Mohamed Ali menyerahkan beberapa dokumen yang masih belum diserahkan kepada peguam bela Amir Feisal Ariff yang mewakili Nasreen.

Pada 6 Februari lalu, Nasreen, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ”Director”s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd.” bertarikh 16 Ogos 2007.

Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dia yang diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, dituduh melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini, pada 16 Ogos 2007. – Bernama