Sumber: metro online
KUALA LUMPUR: Kegagalan pasangan melangsaikan hutang pernah dibuat untuk menghadapi kenduri besar sewaktu mula memasuki alam rumah tangga dikesan menjadi antara faktor penyumbang keretakan institusi perkahwinan.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pihaknya mendapati memang ada kes cerai yang terbawa-bawa dengan masalah untuk membayar hutang terbabit.
Menurutnya, disebabkan hutang itu, ada pasangan mengungkit di kemudian hari dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.
“Kegagalan membayar hutang terbabit bukanlah faktor besar, cuma sampingan saja. Berdasarkan kes, kami dapati faktor utama perceraian di pihak suami ialah tidak bertanggungjawab, suami curang, berfoya-foya, mendera isteri dan panas baran.
“Di pihak isteri pula faktor ialah isteri ingkar perintah suami, kemudian isteri lari keluar rumah, tak bertanggungjawab iaitu tidak menjalankan tugas sebagai isteri dengan sempurna, termasuklah tidak patuh,” katanya.
Statistik nikah, cerai dan rujuk direkodkan Jais bagi tempoh sehingga Julai tahun lalu, menunjukkan 2,247 kes perceraian di Selangor, tidak termasuk kawasan Hulu Langat, manakala rujuk dengan 356 kes dan perkahwinan sebanyak 7,280 pasangan.
Bagi 2008, sebanyak 16,021 pasangan direkodkan melangsungkan perkahwinan manakala perceraian 4,069 kes, dengan rujuk 628 kes, meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan 14,747 perkahwinan, 3,685 kes cerai dan 521 kes rujuk.
Mohd Hidayat berkata, pihaknya menyedari dengan angka kes perceraian yang masih kurang memuaskan dan untuk itu pelbagai usaha dilakukan, termasuk memperkenalkan program keluarga sakinah.
Katanya, program keluarga sakinah membabitkan lima modul dilancarkan Februari lalu dijangka dapat mengurangkan kadar perceraian sekali gus memperkasakan institusi perkahwinan pasangan Islam. “Modul program terbabit digarap dengan sempurna, menyentuh pelbagai aspek seperti akidah, kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat, kesan gejala sosial seperti akibat daripada perzinaan dan maqasid (kepentingan) syariah,” katanya.
“Pelaksanaannya bukan saja tertumpu di ibu pejabat Jais, tetapi turut diperluaskan ke semua pejabat agama daerah dan tidak hanya terbatas di masjid, malah boleh disampaikan di pelbagai institusi,” katanya.
Beliau berkata, Jais juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan pasangan Islam yang menghadapi kemusykilan dan masalah di alam rumah tangga.
'Kami di seluruh negeri mempunyai unit khidmat nasihat bersedia menerima kehadiran mana-mana pasangan untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat, supaya dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga,” katanya.
Testimoni Roslan
Kali ini saya pulak ingin menceritakan tentang pengalaman saya menyelesaikan masalah kewangan yang selama ini merunsingkan kami. Kami berjaya menyelesaikan masalah hutang kami dan mempunyai simpanan yang tak pernah kami jangka. Kami mempunyai beberapa kredit kad yang berjumlah RM 43,000.00. Semua habis digunakan. Bukan setakat itu saja hutang kami, kami ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, 3 personal loan. Belum masuk lagi duit talipon, duit makan, petrol, mak dan umi....hisssh poning jugak kepalo den ni haa.
Kehidupan kami sebelum ni, tak susah sangat. Kami masih lagi boleh gi tengok wayang, gi camping cuma simpanan je kadang kadang ada kadang kadang takde. Isteri saya ada tabiat suka menyimpan duit syiling. Pantang jumpa syiling pasti dia akan simpan dalam tabung. Kadang tu dia sengaja tukar duit kertas pada syiling supaya dia boleh menyimpan. Padanya dengan cara begitu saja kami boleh menyimpan. Dan setiap bulan kami akan tukar duit syiling tu dan duit tu kami simpan dalam ASB. Dapatlah jugak menyimpan dalam RM 100.00 hingga RM 200.00. Itu saja yang kami boleh simpan. Kadang tu tak dapat menyimpan bila datang bab 'tersesak' ni. Sekarang ni dengan penstrukturan semula kewangan, kami boleh menyimpan 4 angka setiap bulan.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana cara kami MENGURUSKAN kewangan (bukan MERANCANG kewangan ye..) hubungi Puan Faridah di talian 019-2816570.Kami menyediakan 'Private Tutorial' kepada yang berminat untuk mempelajari Ilmu ini.
About Me
- Puan Eda
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Iman's Littel Shoppe menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Antaranya produk dari HPA, Aura Seri, Aura Genius, BSY Noni, Era Edar dan pelbagai produk lagi
Wednesday 17 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'Duit memang tidak boleh dibawa ke kubur,
Tapi kalau engkau tak berduit,
Engkau boleh mati tak berkubur..'
petikkan dari blog aku dan kehidupan
Tapi kalau engkau tak berduit,
Engkau boleh mati tak berkubur..'
petikkan dari blog aku dan kehidupan
1 comments:
Cuba bayangkan setiap majlis kahwin, pasangan pengantin akan menghabiskan wang sejumlah RM30,000 tanpa disedari.Kebanyakan pasangan yang berkahwin akan mengambil personal loan dari bank. Sampai anak masuk sekolah pun belum habis bayar lagi.Moral of the story, kena pandai menabung dan berjimat cermat...
Post a Comment