Tuesday 24 November 2009

Peniaga, pekedai dilarang kenakan caj kad kredit tambahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Parlimen hari ini diberitahu bahawa para peniaga dilarang mengenakan caj kad kredit tambahan (surcharge) kepada pelanggan.

Larangan ke atas pengenaan caj tambahan adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International. serta dalamperjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

Demikian jawapan kementerian kewangan kepada soalan yang diajukan oleh Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan (BN-Kota Belud ) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan kenapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj kad kredit "extra" kepada pembeli yang menggunakan kad kredit.

Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pemegang kad berhak memaklumkan institusi pemeroleh peniaga dan pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai caj tambahan tersebut.

"Kemukakan bukti contohnya resit pembayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan.

"Ini supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya diambil ke atas peniaga berkenaan," katanya di Dewan Rakyat.

Katanya pemegang kad mempunyai pilihan untuk tidak membeli baangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan.

0 comments:

Post a Comment